Memaparkan catatan dengan label BROWNIES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BROWNIES. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

BROWNIES SEDAP & MUDAH


Assalamualaikum & salam sabtu...jom petang2 ni cuba resepi yang paling mudah...tak payah guna mixer...gaul - gaul je terus siap...







Resepi brownies ni  memang sangat mudah disediakan...resepi asal dari sumber internet tetapi diubah sedikit untuk memenuhi citarasa tekak sendiri...


BAHAN-BAHAN :

300gm dark coklat - saya guna jenama berryl's
250gm marjerin/ butter
* cairkan guna kaedah double boiler

4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
* kacau hingga gula larut menggunakan whisk

1 3/4 cwn tepung bluekey- self rising
3 sudu makan serbuk koko
* ayak

Caranya:


Masukkan coklat cair ke dalam adunan telur tadi.Masukkan pula campuran tepung dan gaul sebati.



Oleskan sedikit minyak pada loyang 10 inci...lapiskan dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Taburkan di atasnya dengan badam keping.

Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Bakar adunan 15 minit pada suhu 160'c dan 30 minit lagi pada suhu 150'c.

Renggangkan pintu oven dan biarkan brownies di dalam oven selama 10 minit. Sejukkan dan bolehlah potong & hidang.

SELAMAT MENCUBA!!!