Memaparkan catatan dengan label CHEESETART. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CHEESETART. Papar semua catatan

Isnin, 12 Oktober 2015

CHEESETART YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 
 
 

Resepi cheesetart yang sangat sedap...tapi membuatnya memang memerlukan sedikit kesabaran...terutama nak membuat crust tartnya...maklumlah manual kalau ada tart pressure lagi mudah... nak senang buat crust tartnya dulu banyak-banyak simpan dalam bekas kedap udara... ataupun nak lagi senang beli je crust tart readymade kat kedai jual bahan kek... tapi tulah mahal sikitlah hargalah...nak puas makan buatlah sendiri...dapat banyak...lagi puas hati...kebersihan pun terjamin...

ok,sambung lagi...bila nak buat, cuma tinggal buh inti, dan topping cheesenya...cuma kena ingat ye faktor yang membuatkan cheesetart ni sedap ialah kerana crust tartnya yang rapuh dan inti cheesenya yang sangatlah lemak berkrim tu...orang kata makan cheese cepat muak tapi cheesetart ni memang tak muak memakannya...makan satu, nak lagi, lagi dan lagi...sampai habis...
yang penting... resepinya mesti best hasilnya pun lagi best...


Saya ada beberapa resepi membuat crust tart hasil carian google...dan hasilnya kebanyakan blogger-blogger masakan menggunakan resepi yang pertama...saya pun dah cuba memang menjadi... saya juga mencari resepi crust tart dengan sukatan cawan sebab saya rasa lebih mudah tak payah susah-susah menimbang...yang ini pun saya dah cuba..menjadi juga...Jadi, ikutlah nak guna resepi yang mana ye...


RESEPI I
170gm butter
50gm gula ising
1 biji telur
290gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air

Caranya:
1. Pukul butter, gula, telur, esen vanilla dan air hingga sebati. Guna senduk kayu je.
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Guna acuan tart, masukkan adunan, tekan bagi rata dan cantik.
4. Bakar dalam oven selama 10- 15 minit, guna api atas bawah pada suhu 180'c.

* kalau saiz tart besar masa membakar mungkin lama sikit.


RESEPI II
1 cawan marjerin/butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard

Caranya :
1. Pukul marjerin dan gula hingga sebati.Masukkan pula telur dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tart bagi rata dan cantik. Buat hingga doh habis.
4. Panaskan oven 170'c-180'c dan bakar tart 10-15minit. Guna api atas bawah ye.


Sekarang saya tunjukkan cara membuat inti cream cheesenya...




BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese
8 sudu makan gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla(kalau suka rasa lemon boleh boh esen lemon)

Ni pulak filling blueberry yang saya guna...boleh beli kat kedai jual bahan-bahan kek ye...



CARANYA : Lihat gambar ye...

 
Step 1 : Susun kulit tart di dalam loyang
Step 2 : Sediakan cream cheese, gula, telur dan esen vanilla di dalam bekas pemutar
Step 3 : Mixer semua bahan hingga sebati
Step 4 : Ambil sedikit adunan cream cheese tadi dan letak sedikit pewarna purple
 
 
 
Cara meletakkan filling blueberry dan cream cheese :
 
Step 1 : Masukkan filling ke dalam piping beg
Step 2: Picitkan sedikit filling ke dalam kulit tart
Step 3 : Kulit tart yang siap diisi filling
Step 4 :Picit pula adunan cream cheese menutupi filling dan hampir penuh
 
 
Cara menghasilkan corak pada tart :
 
 
 Step 1 : Dengan menggunakan lidi, ambil sedikit adunan cream cheese yang telah diwarnakan purple tadi dan buat 3 garisan pendek.
Step 2 : Buat pada semua tart.
Step 3 : Tarik lidi dari bahagian atas ke bawah hingga menghasilkan corak
Step 4 : Bila dah siap, bakar cheesetart pada suhu 170'c selama 10 minit.
Step 5: Cheesetart yang telah siap dibakar
 
 
Ni pulak cheesetart dengan filling kiwi...sedap jugak tau!!!
 
 
 
Dah sejuk boleh packing...simpan dalam peti sejuk...
 
 



 
 
SELAMAT MENCUBA!!!