Memaparkan catatan dengan label CHURROS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CHURROS. Papar semua catatan

Rabu, 27 Januari 2016

CHURROS YANG SEDAP DAN SENANG DIBUAT

Assalamualaikum dan selamat petang...





Resepi yang sesuai untuk minum petang...sedap dan senang disediakan...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
1 sudu marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air










CARA MEMASAK :

1. Didihkan air bersama gula, marjerin dan esen vanilla.
2. Sementara itu, pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul sedikit dengan garfu.
3. Apabila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.
4. Kemudian, masukkan telur tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sebati.
5. Masukkan ke dalam piping beg.
6. Panaskan minyak di dalam kuali.
7. Picitkan adunan dan potong lebih kurang lebih kurang 4cm. Goreng hingga garing.
8. Angkat dan toskan. Boleh digaul dengan gula aising atau sos coklat.




SOS COKLAT

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu makan marjerin




CARA MASAK :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masak hingga pekat.
* guna api yang kecil je dan sentiasa kacau supaya tak berkerak/ hangit.
2. Sejukkan dulu sebelum dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!