Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2015

KEK BATIK YANG SANGAT SEDAP


KEK BATIK
 
 

 
Bahan-bahan :

1 kilo biskut marie

1 ketul buttercup/4 sudu besar

1 cawan milo

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan gula

1 cawan air panas

4 biji telur

 
kek batik yang sedap

Cara membuatnya :

1.   Biskut marie dipatah-patahkan 2 @ 4 bahagian.

2.   Tuangkan air panas di dalam jug kecil. Bancuh gula, milo, serbuk koko dan susu pekat.

3.   Cairkan marjerin. Masukkan bancuhan milo tadi. Masak sehingga mendidih.

4.   Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Masak sehingga hampir likat.

5.   Tutup api. Masukkan biskut marie dan gaul rata. Pastikan biskut marie bersalut dengan coklat.

6.   Ambil sedikit biskut marie yang telah bersalut dan tekan padat ke dalam acuan. Buat sehingga habis. Pastikan tekan dengan padat.

7.   Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.

8.   Potong dan boleh dihidang. Yummy!!!

 

SELAMAT MENCUBA!!!