Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT KUKUS VERSI 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT KUKUS VERSI 2. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

KEK COKLAT KUKUS VERSI 2

KEK COKLAT KUKUS VERSI 2

Assalamualaikum dan salam Selasa...

Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat yang sangat mudah dan moist je... Tak perlu putar guna mixer hanya guna whisk dan senduk kayu sahaja. SELAMAT MENCUBA!!!






Bahan-Bahan :

Bahan A : 1 cawan susu cair
                 1 cawan susu pekat
                 1 cawan gula
                 1 cawan serbuk koko
                 1 cawan minyak masak
* kesemua bahan di atas masak hingga mendidih dengan api yang kecil


Bahan B :  1 1/2 cawan tepung gandum
                  1 sudu teh soda bikarbonat
                  1 sudu teh serbuk penaik
* ketiga-tiga bahan ini diayak

Bahan C : 3 biji telur yang dipukul kembang

TOPPING
200gm coklat masakan yang dipotong kecil-kecil
2 sudu kecil marjerin
1/2 cawan whipping cream

* Didihkan whipping cream. Tutup api. Masukkan coklat masakan & marjerin. Gaul sebati. Bila kek dah sejuk baru tuangkan topping di atas kek.


Cara membuatnya :

Campurkan bahan A dan C. Gaul sebati menggunakan whisk. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bila air telah mendidih masukkan adunan dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.