Memaparkan catatan dengan label KEK GULA HANGUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK GULA HANGUS. Papar semua catatan

Rabu, 25 Februari 2015

KEK GULA HANGUS SUPER MOIST


Bahan-Bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara membuatnya :

1.  Untuk membuat gula hangus, masak gula dengan api sederhana hingga cair dan bertukar warna perang. Tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan. Gaul sebati hingga semua gula mencair.

2. Masukkan 2 sudu besar marjerin ke dalam adunan gula hangus dan biarkan mencair. Biarkan campuran sejuk.

3. Di dalam bekas lain, putar telur hingga gebu dan putih. Guna whisk pun boleh.

4. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.

5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat dan gaul sebati.

6. Masukkan campuran gula hangus yang telah sejuk dan gaul sebati.

7. Perap adunan 3-4 jam. Kemudian bakar @ kukus adunan selama 1 jam pada suhu 160'c dengan api bawah.

8. Selamat mencuba.