Memaparkan catatan dengan label KEK PELANGI PUDING KARAMEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK PELANGI PUDING KARAMEL. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

KEK PELANGI PUDING KARAMEL YANG SANGAT CANTIK

Assalamualaikum dan salam petang Selasa...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Kek yang sangat menarik....3 lapisan kek dengan lapisan kek span berwarna-warni yang sangat cantik. Rasa pun tentulah sedap...secantik rupanya sesedap rasanya...


 
 
 
 
 

KARAMEL
2 sudu makan gula
* Tabur gula di dalam loyang. Masukkan dalam oven dan bakar gula 150'c 15minit hingga gula mencair dan bertukar keperangan.
Biarkan sejuk sebentar.


PUDING
1 tin susu cair
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
* Kacau semua bahan menggunakan menggunakan whisk. Tapis adunan ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi.


KEK SPAN WARNA WARNI
6 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan minyak masak
1/4 cawan air sejuk dari peti ais
2 sudu makan ovalette
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna  (saya guna hijau, kuning, merah & purple)

*Putar semua bahan hingga gebu dan putih. Bahagikan adunan kek kepada 4 bahagian dan warnakan merah, kuning, purple & hijau.
*Tuang adunan berselang seli warna ke atas loyang puding tadi hingga habis.
* Panaskan oven 150'c lebih kurang 15 minit. Kemudian barulah masukkan kek dan bakar secara 'waterbath' selama 1 jam. 50 minit pertama guna api bawah sahaja dan 10 minit lagi guna api atas bawah.
* Bila kek dah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit dengan merenggangkan sedikit pintu oven. Ini untuk mengelakkan kek mendap.
* Selepas 10 minit, biarkan kek 1/2 jam pada suhu bilik barulah telangkupkan di dalam bekas. Biarkan kek benar-benar sejuk barulah simpan di dalam peti sejuk. Kek sedap di makan sejuk-sejuk...berbaloi mencuba memang sedap!!!

# kaedah 'waterbath' bermaksud letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar/ tray dan tuangkan ke dalam tray tersebut dengan air panas. Macam kaedah mengukuslah tapi guna oven...Mungkin adunan kek ni boleh kukus kot...tapi tak pernah cuba kukus lagi nanti dah cuba saya akan pos keputusannya ye jadi atau tidak keknya...

 
 
 
 
 
 
SELAMAT MENCUBA!!!