Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE MELELEH.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE MELELEH.... Papar semua catatan

Rabu, 25 Februari 2015

KEK RED VELVET CHEESE MELELEH....




Bahan-bahan

*2 cawan tepung kek/superfine

*2 sudu besar serbuk koko

*1 sudu kecil baking powder

*1 sudu kecil soda bicarbonat

*1 sudu kecil garam

1 cawan buttermilk - resepi di bawah

1 cawan gula halus

1 sudu besar pewarna merah

1 cawan minyak masak

1/2 cawan air panas + sudu besar lagi

2 biji telur A

esen vanila

 

Topping

250g cream cheese @ satu ketul

1/2 cawan whipping cream

1/2 cawan gula

   


Cara-cara:
 
1.Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.

2. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

3. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. Kukus pun boleh.

4. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.