Memaparkan catatan dengan label KUIH KOCI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH KOCI. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2015

KUIH KOCI YANG LEMAK DAN LAZAT

KUIH KOCI


Bahan adunan tepung :

300gm tepung pulut
250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Caranya :
Campur tepung pulut, tepung gandum, air dan garam. Gaul sebati.


Bahan inti :

1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
3 sudu makan gula putih
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung/gandum

Caranya :  Masukkan air, gula merah, gula putih dan daun pandan di dalam kuali. Buka api dan masak hingga gula mencair. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak inti hingga likat.

Bahan santan
250ml santan pekat
3 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit garam

Caranya : Masakkan santan, air dan tepung jagung hingga mendidih. Letakkan sedikit garam dan sejukkan.

Cara membuat kuih koci 
Ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur dengan api. Letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti. Buat bulat-bulat letak santan dan tutup kemas dengan daun pisang. Kukus 15 minit, angkat dan sejukkan. Boleh dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang.

SELAMAT MENCUBA!!!