Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS. Papar semua catatan

Ahad, 1 Februari 2015

KUIH LAPIS SUPER MUDAH


Assalamualaikum...

Hari ni nak berkongsi resepi kuih lapis yang menjadi antara kegemaran ibu saya. Ingat semasa kanak-kanak dulu tak berapa nak minat makan kuih ni tapi bila dah menjadi ibu dan umur pun dah masuk 3 siri ni teringinlah pulak nak nak buat dan makan kuih muih tradisional ni.
kuih lapis pancawarna

Ada 2, 3 resepi kuih lapis yang telah saya cuba tapi resepi yang akan saya beri adalah resepi yang paling mudah. Kalau nak membuat kuih lapis pasti saya akan menggunakan resepi ini...

Mari kita lihat bersama-sama...

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
3/4 cawan gula
4 cawan santan (saya guna 2 cawan santan kotak + 2 cawan air)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna mengikut kesukaan (saya guna merah ros dan pandan)

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras, gula, garam dan santan. Tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau satu bahagian, merah satu bahagian dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal(putih).
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang hendak digunakan.
5.Tuangkan 1 cawan adunan hijau dan kukus 5 minit.
6. Lapiskan dengan adunan putih dan kukuskan lagi selama 5 minit.
7. Lapiskan pula adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
8. Ulang semula langkah 5-7.
9. Untuk lapisan terakhir kukus lagi 20 minit.
10. 5 minit terakhir kukus dengan periuk penutup terbuka.
11. Sejukkan dan potong menggunakan pisau plastic.
12 Sedia dihidangkan.