Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA DURIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA DURIAN. Papar semua catatan

Ahad, 26 Julai 2015

KUIH SERI MUKA DURIAN YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






 Lapis bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan cair (100 ml santan kotak +air jadikan 2 cawan)
1 sudu kecil minyak
secubit garam

Caranya:
1. Cuci pulut dan rendam 4 jam.
2. Masukkan pulut ke dalam loyang 10 inci yang telah dialas plastik.
3.Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambah sikit minyak dan kukus 30 minit.
4. Setelah masak, angkat, gaulkan rata dan tekan-tekan hingga padat.
5. Kukus semula dan tuang adunan lapisan atas.


Lapis atas
3 cawan santan pekat (300ml santan kotak + air jadikan 3 cawan)
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian. Kemudian, blender hingga sebati.
2. Masukkan pula tepung dan garam.
3. Masukkan adunan tadi ke dalam periuk dan kacau sebati.
4. Tambah sedikit pewarna kuning.
5. Masak 10 minit hingga adunan menjadi seperti susu pekat.
6. Tuang ke atas lapisan pulut tadi dan kukus lagi 20 minit.
7. Biarlah sejuk, barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik.
8. Bolehlah dihidang. Sedapnya...

SELAMAT MENCUBA!!!