Memaparkan catatan dengan label MINI PIZZA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MINI PIZZA. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

MINI PIZZA SUPERLICIOUS

Assalamualaikum dan Salam pagi Isnin...




Aduhai jerebulah pulak....dapat cuti 2 hari...tak tahu nak buat apakan...tangan tu rasa nak mem'baking' sesuatu...maka terjadilah mini pizza super cute untuk santapan breakfast...
memang super cute....memang sedap...kanak-kanak confirm suka...

 
 
 
 
 
 
 
 
BAHAN-BAHAN:

PIZZA
500gm tepung roti
1 paket yis
1 cawan air suam(100ml air panas + 125ml air sejuk)
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2  sudu makan  gula
1 sudu teh garam
1 sudu makan marjerin

TOPPING
sosej - potong kecil
sos tomato
sos cili
mayonis
keju parut (cheddar/mozzarella)


CARANYA:
1. Campurkan  gula ke dalam air suam  dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit. Campuran yis ini akan berbuih dan naik, jadi pastikan campuran dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Saya bubuh dalam jug kecil.
2. Masukkan tepung, garam dan marjerin ke dalam bekas dan gaul sebati. Masukkan pula adunan telur dan campuran yis tadi. Uli lebih kurang 15 minit hingga adunan menjadi elastik(kenyal) dan tidak melekat pada tangan.
3. Bahagikan adunan yang siap diuli kepada bahagian-bahagian kecil. Saya bahagi kepada 25 bahagian maka dapatlah 25 mini pizza yang super cute.
4. Ambil satu bahagian adunan dan gelek hingga adunan nipis. Sapu sedikit minyak pada paper cup dan letak adunan yang telah digelek tadi. Gelek adunan hingga habis.


 
 
 
 
5. Sapukan sos tomato, susun sosej, picitkan sedikit sos dan mayonis. Akhir sekali taburkan keju parut yang disukai. Saya tabur keju cheddar dan keju mozzarella.

6. Panaskan oven 200'c selama 15 minit. Bakar mini pizza 10 minit.
7. Siap!!! Lama jugalah nak buat mini pizza ni tapi amat berbaloi...

mini pizza yang siap dibakar


* Kalau guna 'breadmaker' lagi senang, masukkan air suam, gula, yis, tepung roti, garam, telur dan marjerin. Guna setting 'dough' dan biarkan sehingga siap uli. Terus ke step 3 hingga 6.


* suhu oven ikut masing-masing ye...kena pandai adjust sendiri biasanya kalau oven saiz kecil guna suhu 160'c hingga 180'c pun dah ok...oven saya saiz besar sikit so, perlukan suhu yang tinggi sikit 200'c...dalam 10 minit kena perhatikan pizza yang anda bakar jangan sampai rentung pulak nanti...hehe...Kalau rasa nak pizza rangup sikit boleh tambah masa membakar...kita yang masak sendiri kan pandai-pandailah adjust ikut citarasa sendiri ye...




SELAMAT MENCUBA!!!