Memaparkan catatan dengan label NASI GORENG SIMPLE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI GORENG SIMPLE. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2015

NASI GORENG SUPER SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






Resepi nasi goreng yang sangat simple dan mudah sangat. Bila ada nasi lebih atau lauk tak berapa nak ada ...inilah hidangannya...anak-anak paling suka hingga diaorang bagi nama "NASI GORENG IBU" sebab tak jumpa kat rumah orang lain...ibu dia je yang masak nasi goreng style gini...nasi goreng warna kuning gitu...hihi



BAHAN-BAHAN :
6 cawan nasi sejuk- (lebih kurang masak nasi 2 pot)
* 4 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci belacan
* 3 biji cili padi - (tak bubuh pun takpe kalau tak makan pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit
segenggam ikan bilis yang siap disiang
carrot - cincang halus
sosej/ ayam- potong kecil - (kalau takde tak bubuh pun takpe)
2 biji telur
garam secukup rasa- saya bubuh 2 sudu kecil

* nak masak untuk breakfast pun boleh. Masak nasi sebelum tidur 2 pot esok pagi boleh goreng sebab nasi goreng memang sedap  bila dimasak dengan nasi sejuk.


CARANYA:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian tumiskan bahan tumbuk , serbuk kunyit dan garam hingga naik bau.
2. Masukkan pula ayam dan masak sebentar.
3. Masukkan pula carrot dan gaul sebati.
4. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali biarkan sebentar barulah dikacau rata.
5. Akhir sekali, masukkan nasi dan biarkan masak 5 minit lagi dengan api kecil.

SIAP!!! senang kan....SELAMAT MENCUBA!!!