Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL SOTONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL SOTONG. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2016

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam Jumaat...






Hari ni saya nak share resepi nasi lemak sambal sotong untuk  santapan breakfast hari ni....Resepi yang sangat simple tapi memang sedap....

Untuk resepi nasi lemak boleh lihat di SINI....cuma kat sini saya nak share resepi sambal sotongnya je...
Petua nak menghasilkan sambal tumis yang sedap mestilah tumis dengan minyak yang banyak, dengan api yang kecil hingga cili kisar betul-betul masak barulah sambal yang terhasil tahan lama dan sedap...

Bagi saya, sambal tumis yang sedap ialah yang pedas & manis. Tapi terpulanglah pada citarasa individu ye...

Jom intai resepinya :



BAHAN-BAHAN:

200gm cili kisar/ 2 cawan
*3 biji buah keras
*10 ulas bawang merah(bawang ros)
*6 ulas bawang putih
8 sudu makan gula/4 senduk kayu(leper)
2 sudu kecil(kfc) garam halus
2 bji bawang besar -hiris halus
1 sudu makan knorr pasti sedap
sedikit ajinomoto
2 biji kentang - potong kecil
6 ekor sotong -sederhana besar(potong bulat)
* blender dengan sedikit air
1 cawan minyak masak



CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis separuh bawang besar yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah diblender. Masak sebentar.
3. Masukkan pula cili kisar dan kentang. Masak dengan api kecil hingga pecah minyak.
4. Masukkan semua bahan perasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah dipotong dan separuh lagi bawang besar. Masak hingga sotong benar-benar masak. Jangan masak sotong lama sangat nanti liat.
6. Hidangkan bersama nasi lemak,telur mata  dan hirisan timun.
Fuhh!!! Yummy!!!


SELAMAT MENCUBA!!!