Memaparkan catatan dengan label PUDING CENDOL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING CENDOL. Papar semua catatan

Ahad, 26 Julai 2015

PUDING CENDOL PENYEJUK TEKAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Lapis bawah:
500 ml air
1 cawan gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
sedikit garam

Caranya :
1. Masak air, agar-agar dan gula hingga mendidih.
2. Masukkan pula santan, garam dan masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan pula cendol dan biarkan mendidih sebentar.
4. Tutup api dan tuang ke dalam loyang 10 inci. Biarkan separa beku.





Lapis atas:
500 ml air
1 1/2 cawan gula merah
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur - pukul sedikit dengan garpu
sedikit garam

Caranya:
1. Masak gula merah dengan separuh dari air. Tapis.
2. Masak semula air tapisan gula merah tadi dan campurkan sebahagian lagi air. Masukkan serbuk agar-agar dan biarkan mendidih.
3. Campurkan santan dengan kuning telur dan garam.Kemudian, masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api.
4. Cucukkan dan lorekkan sedikit lapisan agar-agar cendol, sebelum menuang adunan agar-agar gula merah. 
5. Tuang adunan agar-agar gula merah ke atas lapisan agar-agar cendol dan biarkan sejuk.
6. Bila dah sejuk bolehlah simpan di dalam peti sejuk.
7. Potong dan bolehlah dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!