Memaparkan catatan dengan label PUDING KARAMEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING KARAMEL. Papar semua catatan

Ahad, 28 Jun 2015

PUDING KARAMEL YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam 18 Ramadhan...


Puding caramel adalah hidangan desert yang paling mudah disediakan. Nyaman je rasa tekak bila dimakan sejuk. Masa penyediaan pun tidak terlalu lama lebih kurang 30 minit kalau guna acuan kecil...kalau guna satu acuan je 45 minit pun dah selesai. Mehlah jengok resepinya kalau ada sesiapa yang berminat nak membuatnya sendiri. Apa yang penting, mudah, cepat dan sedap!!!


Bahan-bahan :

Karamel
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan air panas

Caranya: Masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan air perlahan-lahan dan masak gula hingga agak pekat. Matikan api dan tuang caramel ke dalam acuan puding. Biarkan sejuk.

Puding
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1 sudu makan tepung jagung
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Caranya : Pukul telur hingga sedikit kembang.Masukkan susu pekat dan esen vanilla kemudian gaul sebati. Masukkan air dan  tepung jagung. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan adunan puding ke dalam acuan caramel tadi. Kukus 40-45 minit. Saya bahagi adunan 2 bahagian dan kukus dalam acuan puding bunga yang kecil. Kukus hanya 20 minit je. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidangkan.

*Jangan letak dalam peti beku pulak...keras kejong pulak nanti pudingnya hihi...