Memaparkan catatan dengan label PUDING TRIFFLE YANG SANGAT SEDAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING TRIFFLE YANG SANGAT SEDAP. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2015

PUDING TRIFFLE YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan selamat petang...


Aduhai...niat di hati nak meng'edit' sikit last2 hilang pulak resepinya...Nampak gayanya terpaksa taip semulalah..huhu...

Bahan-bahan:

BAHAN A
2 gulung swissroll perisa pandan/ coklat - potong lebih kurang ketebalan 1 cm

BAHAN B
Bahan puding
1 tin susu cair
2 cawan air
1 cawan tepung kastard
3 sudu makan gula
2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 tin buah-buahan koktail - asingkan buah dan air

Caranya:
1. Masak semua bahan kecuali buah koktail. Tinggalkan sedikit air koktail untuk dicurah pada kek gulung.Masak hingga pekat.

BAHAN C
1 kotak jeli Kristal perisa strawberry jenama NONA

Caranya : Didihkan jeli dengan air. ( air mengikut sukatan seperti yang tertera pada kotak ye.)


CARA MELAPIS



1. Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. Basahkan kek dengan sedikit air koktail.


2. Tuangkan adunan pudding (BAHAN B). Tabur di atas puding dengan buah-buahan koktail.


3. Bila puding sudah sedikit mengeras, tuangkan pula adunan jeli(BAHAN C).
4.Simpan di dalam peti sejuk. Potong dan boleh dihidang.


triffle dengan swiss roll coklat dan taburan buah pic