Memaparkan catatan dengan label PUFF SARDIN CHEESE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUFF SARDIN CHEESE. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2016

PUFF SARDIN CHEESE TERSANGAT MUDAH

Assalamualaikum dan selamat petang...





Hari ni nak  berkongsi resepi puff sardin yang sangat mudah disediakan. Bahan yang digunakan pun tak banyak.





BAHAN- BAHAN :
10 keping roti canai frozen
1 tin kecil sardin - ambil isi sahaja dan hancurkan
Keju cheddar - saya guna keju keping dan siat-siat halus


CARA MEMBUATNYA :


1. Ambil sekeping roti canai frozen dan potong 2 bahagian.
2. Potong lagi 2 bahagian menjadi 4 bahagian.
3. Letakkan isi sardin di setiap bahagian.
4. Letakkan pula sedikit kepingan keju cheddar.



5. Lipat setiap bahagian dan tekan bahagian tepi.
6. Tekan kemas dan pastikan isi tidak keluar.
7. Gunakan garpu dan tekan bahagian tepi puff.
8. Buat hingga habis.



Puff yang siap dilipat dan sedia untuk digoreng. Cara menggoreng panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga garing.


SELAMAT MENCUBA!!!