Memaparkan catatan dengan label SATE AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SATE AYAM. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2016

SATE AYAM TERLAJAK LARIS

Assalamualaikum dan selamat petang...


Resepi sate ni dah lama tersimpan dalam buku 'secret resepi' saya dan baru hari ni berkesempatan meng'update' di dalam blog. Hujung tahun lepas saya bereksperimentasi dengan beberapa resepi sate ayam. Pelbagai resepi sate telah saya cuba dan tentulah hasilnya ada yang sedap dan ada yang tak menepati citarasa. Alhamdulillah usaha ini membuahkan hasil apabila sukatan dan resepi sebenar sate yang betul- betul sedap dapat diperolehi...yang penting semua orang suka terutamanya anak-anak...walaupun anak yang paling kecil tak berapa minat makan sate tetapi dengan resepi ni bercucuk- cucuk sate dia makan. Sedaplah tu..kan...kan..

Dengan resepi ini juga ada yang telah menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan sambutan amat menggalakkan...alhamdulillah...prinsip saya ilmu perlu dikongsi...jadi...tiada istilah lokek ilmu...terpulang pada setiap individu...dan saya dapat resepi ini dari pelbagai sumber melalui pembacaan buku & sumber internet...tak salah kalau kita share...betul tak? Cuma bila dah buat jadi dan sedap janganlah pulak dengan bangganya mengaku resepi sendiri ye...tak baik tu...




Saya suka dengan resepi sate ini kerana menggunakan hanya beberapa bahan dan tak perlu rempah yang banyak. Kanak- kanak juga sukakanya kerana rasanya yang sedikit manis. Tak rugi mencuba kan...rasa sekali pasti nak lagi....hihi...


BAHAN-BAHAN SATE:



lidi sate
600gm  daging ayam - potong kecil
1 cawan gula
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan kacang tanah - sangai & tumbuk halus
1 sudu makan garam halus
2 batang serai - kisar halus
* sangai - goreng tanpa minyak





Sate yang siap dicucuk

* Gaul ayam bersama semua bahan. Perap 2 jam @ lebih. Semalaman lagi sedap( saya buat malam, keesokan paginya  boleh cucuk dan bakar).



Ok sekarang resepi kuah kacangnya pulak...memang sedaplah...





KUAH SATE :
600 gm kacang tanah - sangai dan buang kulit
( 1/2 tumbuk kasar & 1/2 kisar halus)

20 batang cili kering
5 biji bawang kecil
3 ulas bwg putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut
4 biji buah keras
* kisar semua bahan

1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula
Sedikit air asam jawa
1 batang serai - dititik
5 cawan air
Garam secukup rasa



CARANYA:


1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai hingga terbit minyak.




2. Masukkan gula & air asam jawa. Gaul sebati.




3. Masukkan pula 5 cawan air.




4. Masukkan pula kacang tanah yang telah ditumbuk halus & kasar.



5. Masukkan garam secukupnya,gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.


Sate sedap dimakan bersama kuah kacang, nasi impit, hirisan timun dan bawang besar.

SELAMAT MENCUBA!!!