Memaparkan catatan dengan label TEMPE GORENG BEREMPAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPE GORENG BEREMPAH. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Ogos 2015

TEMPE GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum...

 
 
 

Hujan-hujan ni tekak terasa nak makan tempe goreng pulak...Buka peti sejuk ada stok tempe jadi terus jadilah tempe goreng berempah...cicah dengan sambal kicap fuh!!! memang terbaik!!!

Kepada pengemar tempe jom cuba resepi ni....memang sedap!!!


BAHAN-BAHAN :

2 keping tempe
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 sudu makan tepung beras
1 biji telur
garam secukup rasa


CARANYA :
Gaul semua bahan. Panaskan minyak. Goreng tempe hingga garing.
Sedia untuk dihidang. Hidang bersama sambal kicap. Resepi sambal kicap boleh klik SINI ye...SELAMAT MENCUBA!!!